Wednesday, December 30, 2009

SELAMAT TINGGAL 2009....

Dah sebulan lebih selepas bercuti semester, akau t'paksa datang semula ke Tanjong malim ni utk teruskan pngajian di sem 6 ni. Terasa amat cepat masa b'lalu, pejam celik-pejam celik dah nak masuk tahun baru 201. Pelbagai kenanngan manis dan pahit akan tcatat dlm memori 2009. Azam baru tahun 2010? Entah lah, rasabya azam yg tahun lepas pun belum t'capai sepenuhnya lagi. Apapun, semangat perlu kuat dan tabah untuk meneruskan kehidupan ini. Masih jauh lagi perjalanan yg perlu aku lalui. Semoga diriku, keluargaku dan sahabat2ku akan m'perolehi kkejayaan, kebahagiaan dan kegembiraan di tahun depan. Amin...Jadikan hari ini lebih baik dari semalam....insyallah....




Monday, November 16, 2009

PERJUANGAN BELUM SELESAI ....



Assalammualaikum...
Dah selesai dah liku-liku prjalanan yg telah ditempuhi sepanjang sem 5 ni. Pelbagai kenangan manis & pahit akan menjadi memori yg tak akan dilupakan. Insyallah..jika panjang umur & murah rezeki, kita akan b'temu semula di sem depan dngn cerita baru dan azam baru....humm..cuti ni, nak rehat betul2...huh...huh...Kepada semua kawan2 sekelas n serumah saya mohon maaf andai kata ada tersilap n t'kasar yg m'nyakitkan hati semua sepanjang sem ni....daaa...jumpa lagi..selamat bercuti. Kepada kawan2 lama plak, semoga cuti kali ni kita dapat b'jumpa n b'kumpul semula tahun ni...


Friday, November 13, 2009

KEKUATAN API CINTA....

Alkisah suatu ketika dahulu, Kapak, Gergaji, Palu, dan Nyala Api sedang mengadakan suatu perjalanan bersama-sama. Di suatu tempat, perjalanan mereka terhenti kerana terdapat sepotong besi waja yang menghalang jalan. Mereka berusaha menyingkirkan besi wajatersebut dengan kekuatan yang mereka miliki masing-masing.
“Itu dapat aku singkirkan,” kata Kapak. Pukulan-pukulannya keras sekali menghentam besi yang kuat dan keras itu. Tapi setiap hentaman hanya membuat kapak itu lebih tumpul sampai ia terpaksa berhenti.
“Sini, biar aku yang urus,” kata Gergaji. Dengan gigi-gigi yang tajam tanpa perasaan, iapun mulai menggergaji. Tapi terkejut dan kecewa ia, semua giginya jadi tumpul dan jatuh.
“Lihat, aku sudah cakap,” kata Palu, “Kan aku sudah cakap anda semua tak dapat lakukan. Sini, sini aku tunjukkan caranya.” Tapi baru sekali ia memukul, kepalanya terpantul sendiri, dan besi tetap tak berubah.
“Boleh aku cuba?” tanya Nyala Api. Dan iapun melingkarkan diri, dengan lembut menggeluti, membelai, memeluk, dan mendakap besi itu erat-eratnya seperti tak mahu melepaskannya lagi. Besi yang keras itupun meleleh cair.

Renungan :
Ada banyak hati yang cukup keras untuk melawan kemurkaan dan amukan kemarahan demi harga tinggi. Tapi jarang ada hati yang tahan melawan nyala api cinta kasih yang hangat. Betapa kebijaksanaan ada dalam sebuah kelembutan dan kehangatan, seperti api mencairkan hati yang dingin. Ah, tak ada yang tahan berhadapan nyala cinta kasih.



Thursday, October 29, 2009

MENITI SEBUAH PERJUANGAN....



Assalammualaikum...dan salam aspirasI...
Dah lama sya tak menulis apa2 dlm blog ni. Entah lah, slps b'tungkus lumus mnyiapkan semua assigment minggu lepas dah malas nak mngadap skrin laptop ni lgi. Sekarang, tibalah masanya utk fokos dalam minggu study week ni.hummm..fokus ke? huh..huh..huh..Time ni lah p'juangan terakhir utk sem 5 ni, tak sabar2 rasanya nak masuk sem 6 pulak, walaupun hakikatnya dah tahu akan tempuhi tekanan yg dasyat apabila dah mula terima n kena hantar assigment.
Walau mcm nana pun, perjuangan mesti diteruskan demi mencapai sebuah cita-cita dan harapan. Saya doakan kita semua akan berjaya dlm hidup ini seperti mana yg kita impikan. Berusahalah b'sungguh2 dengan niat yg tulus. Seanadainya, terjadi sesuatu yg diluar jangkaan kita redha dan pasrah lah dengan ketentuan-NYA. Anggaplah ia sbg suatu ujian utk kita sbg hambanya, mugkin ada hikmah disebaliknya...Kepada semua teman2 seperjuangan, selamat menempuhi final exam sem ni, semoga kita dapat menghadapinya dengn ketenangan dan keyakinan utk mencapai keputusan yg cemerlang...


Dalam keadaan apa pun."SENANGKANLAH HATIMU!!!" Janganlah bersedih. "Kalau engkau kaya. senangkanlah hatimu! Kerana di hadapanmu terbentang kesempatan untuk mengerjakan perkara yang sulit melalui hartamu. "Dan jika engkau fakir miskin, senangkan pulalah hatimu! Kerana engkau telah terlepas dari suatu penyakit jiwa, penyakit kesombongan yang sering menimpa orang-orang kaya. Senangkanlah hatimu kerana tak ada orang yang akan hasad dan dengki kepadamu lagi, lantaran kemiskinanmu..." "Kalau engkau dilupakan orang, kurang masyhur, senangkan pulalah hatimu! Kerana lidah tidak banyak yang mencelamu, mulut tak banyak mencacimu..." Mudah-mudahan. Allah mengurniai kita ilmu yang mengantarkan kita pada sebuah keyakinan dan kebahagiaan abadi, dunia dan akhirat. Amin...yarabbilalamin...



Friday, October 9, 2009

SAYANGILAH DIRI SENDIRI SEBELUM INGIN DISANYANGI OLEH ORANG LAIN...




Salam satu Malaysia semua...Dah lama tak menulis apa2 dlm blog ni.Masa n tugasan yg m'cemburui ak utk up date kan blog ni.Humm..minggu ni sangat m'menatkan n busy dngn assigment yg b'timbun2. Tak tau nak buat yg mana dulu.Memang waktu mlm tu mcm waktu siang je...tak tido smpai 3 ke 4 pagi pagi utk siapkan keje dlm tempoh yg d'tetapkan. Bukanya ak tangguhkan keje, tapi assigment yg diberi last minit, so mmg kelam kabut lah ak n semua kwn2.Satu lagi halnya, tension ngan pendaftaran khusus sem depan yg diubah ke sistem baru. Sebelum ni pihak akademik yg tentukan jadual n khusus utk kami tapi sem depan kami kena tentukan jadual n khusus sendiri so mmg kelam kabut sbb jadual jadi b;'tindih waktu.So kena naik turun fakulti lah pula utk selesaikan mslah tu, mmg stress n m'menatkan...
Di sini ak nak kongsi pngalaman ak dlm tugasan ke pusat serenti pd miggu lepas utk adakan program di sana. Mula2nya, mmg agak teruja n takut gak nak b'hadapan dengan penghuni2 di sana tapi alhamdulillah semuanya b'jalan dngn baik. Kumpulan sk seramai 6 orang ahli telah memilih PUSPEN Sg Besi sbgai tempat laksanakan program ni.Mereka telah m'berikan kerjasama yg baik utk kami dan respon yg diberikan juga sngat baik. Kami jalankan aktiviti yg santai tetapi tetap m'punysi objektif t'tentu disebaliknya. Mereka begitu gembira dngn pelaksanaan aktiviti dengn kami ini sebagai fasiltator mereka. Ak agak kagum dengan mereka yg bijak m'beri respon dan pendaapat t'hadap apa yg t'sirat disebalim aktiviti yg dijalankan. Pelbagai pngetahuan n penglaman baru dapt ak dan kwn2 perolehi dlm tugasan ini. Stiap manusia tidak ada yg sempurna dan tidak prnah m'buat kesalahan. Seperti golongan ini pula mereka perlu diberi smngat utk pulih semula dan dpt jalani kehidupn yg bhagia seperti insan lain.
Mugkin bukan kehendak mereka tapi keadaan dan diri sendiri yg tersalah memilih jalan kehidupannya....Sayangilah diri sendiri sebelum kita mahu orang lain menyayangi diri kita dan barulah kita boleh menyayangi orang lain...
D - Dadah D - Dunia
A - Ahan U - Umpama
D - Derita N - Nikmat
A - Akhir H - Hidup
H - Hayat I - Ibarat
L - Layang
L - Layang

Monday, September 28, 2009

Masih dalam bulan syawal....



Lebih kurang seminggu juga aku dapat balik rumah untuk cuti hari raya ni.Terasa masih belum puas b'hari raya di kampung. Tahun ni macam biasa, aku berhari raya di kg sebelah emak di Kedah kerana lebih kurg ikut giliran lah,ahun depan nmpaknya baru akan b'raya di kg sebelah abah di Kelantan. Kami sekeluarga b'kumpul di rumah tok wan sejak mlm raya lgi. Kemeriahan lebih t'rasa apabila bdk2 main bunga api dan dngr dentuman mercun.Dulu2 suka gak main mercun n bunga api, tapi skrg dah besar ni, tengok je lah org main, sbb rasa dah tak minat, so lebih sula tonton tv je rancangan raya. Pagi raya lps sembahyang sunat aidilfitri, kami semua setiap ahli keluarga b'gambar kenangan utk raya thun ni. Ini sbhagian dri gmbr aku dah ahli keluarga ku shja iaitu abah, emak, aku, angah dan adik.Lepas tu baru lah gi jlan2 ke rumah saudara mara dan kami juga menerima kedatangan mereka pula smpailah raya ke 4. Slps tu, kami masing2 pulg semula ke rumah sbb dah ada yg kena mula b'kerja n nak b'raya kt umah sndiri pulak. Pada hari raya ke lima aku sempat b'raya di rumah cikgu dan kawan2 lama time sekolah dulu. Seronok gak rasanya dapat b'kumpul ramai2 time raya mcm ni, walaupun tak semua dpt join sklai sbb ada hal. Time tu, smpat lgi kami b'bincang utk buat reunion hujung thun ni, sebb prnah janji utk b'kumpul semula slepas 5 tahun SPM 2004. Insyallah...harap2 jadilah.



Wednesday, September 16, 2009

SALAM AIDILFITRI !




Kian berlabuh tirai ramadhan tahun ini, maka syawal pula bakal menjelma...
Aku dan teman2 di sini akan b'cuti raya selama lebih kurang seminggu. Aku coretkan sedikit ucapan hari raya sblum blik b'cuti. Di sisni aku ingin memohon maaf andai kata ada t'kasar bhasa atau t'buruk tingkah laku yg mnyakitkan hati teman2 ku sekalian.Smoga b'gembira dan b'bhagia m'yambut aidilfitri tahun ini.
Rindu sanagt nagn family ni..x sabar2 nak blik rumah n b'buka puasa sbb blum smpat lagi b'buka puasa ngn family pd bulan puasa thun ni.... serta seklaigus m'nyambut hari raya di 1 syawal ini.

sebulan sudah Ramadhan lalu,
Syawal tiba menyapa daku,
kupohon ampun talu-bertalu,
merungkai salah andai berlaku,

di hari lebaran ucap kulayang,
imbas kenangan kisah semalam,
tumpahkan kasih tuangkan sayang,
hidangkan ampun sajikan salam,

takbir bergema ke ruang angkasa,
khabar dikirim tanya-bertanya,
kusiram ampun menyimbah dosa,
insafi diri syukuri nikmatNya,

Songket jalur jual di pekan
Pekan Kuah asal negeri
Salam dihulur tanda kemesraan
Jalinkan ukhwah di Aidilfitri...



Friday, September 11, 2009




Salam ukhwah dan salam ramadhan....
Humm..mmg busy sangt2 minggu t'akhir sblum cuti raya ni. Banyk tugasan kena antar sblum blik cuti raya. Wlau apa pun, tanggugjawab mesti dilaksanakn sebaik mungkin. Ada jgk t'fikir sepatutnya org lain sibuk buat biskut raya tapi kami di sini sibuk buat assigment raya plak, huh..huh..huh.. Tanpa disedari, bulan ramadhan hampir b'akhir lebih kurang tinggal seminggu lagi utk kita semua umat islam m'jalani ibadah puasa thun ni. Bagi m'naikkan semngat utk buat tugasan2 ini dan m'gurangkan tekanan,layan je lagu2 raya...terasa 'feeling'nya.:)
Minggu ni b'berapa kali jgklah, sya dan kwan2 b'buka puasa d'luar sbb kls ada kls ganti mlm.So, klu b'buka puasa kat kampus, tak lah nanti t'kejar2 ngan masa utk dtg kuliah plak. Terasa begitu cepat masa b'lalu....
Ni gambar yg sempt d'ambil semasa tggu utk b'buka puasa di restoren 'Ismail Tomyam'...


Friday, September 4, 2009

KAWAN, RAKAN,TEMAN, SAHABAT ...


Assalammualaikum.....dan Salam Ramadhan....
Tanpa disedari terasa begitu cepat masa berlalu kerana sudah dipertengahan bulan ramadhan bagi semua umat Islam menjalani ibadah puasa tahun ini. Saya di sini ingin mencoretkan sedikit luahan hati tentang nilai hubungan sebuah persahabatn.Dalam hidup ini kita amat memerlukan teman unutk berbicara dan berkongsi cerita.Teman akan hadir dengan pebagai cara dalam hidup seseorang sama ada kita sedar atau tidak sedar. Namun, kadangkala kita tahu tidak menghargai kewujudannya dalam hidup kita. Apabila dia sudah pergi, barulah kita menyedari akan kewujudannya dalam hidup kita selama ini. Sebenarnya adalah sukar untuk menjaga sebuah perhubungan persahabatan kerana ujian dan dugaan pasti juga akan wujud. Secara sengaja atau tidak sengaja kita menyakitkan hatinya dengan bicara atau tingkahlaku kita. Kita juga mengharapkan seorang teman yang akan berada disamping kita ketika susah ataupun senang.

" Sahabat wujud dari satu pertemuandengan 10 pertanyaan, 100 keyakinan dan 1000 pengorbanan serta berjuta2 perjuangan dengan satu keikhlasan dan keredhaan Allah. Andai seorang sahabat membuat kebaikan ukirlah ia di atas batu agar tersemat di hati & kekal sebagai memori terindah, namun jika sahabat membuat kesalahan , tulislah di atas pasir agar hilang ditiup angin kemaafan".

Semaikan sikapmu dengan benih keikhlasan,
Jiruskan dirimu dengan air kejujuran,
Gemburkan hatimu dengan baja kesetiaan,
Nikmati kebahagiaan dengan kehadiran seorang teman...


Friday, August 28, 2009

KEMERDEKAAN ATAU KEBEBASAN !!!

Merdeka bermakna bebas, mampu berdikari, mampu buat keputusan sendiri, dihormati dan tidak diperlekehkan oleh orang lain. Kemerdekaan tidak harus disamaertikan dengan penerimaan bulat-bulat aspek pemodenan bangsa asing yang lebih maju. Kalau kita tidak dapat membezakan antara yang baik dan yang membawa kehancuran, ini bermakna kita belum merdeka sepenuhnya.Kemerdekaan adalah sebuah perjalanan yang panjang, berliku dan tak berpenghujung. Akan tetapi, berjayalah sesebuah bangsa jika ia gigih menempuh ranjau, bijak menawan selekoh, tahan meredah cuaca dan matang menerjang lumpur. Buat pertama kalinya dalam sejarah kita, rakyat Malaysia sedar bahawa kemerdekaan adalah lebih dari pembebasan dari penjajahan. Jiwa kemerdekaan itu memberi makna kepada rakyat biasa, ia juga harus membantu mewujudkan persekitaran yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk berfikir, bersuara atau bertindak tanpa dibelenggu oleh kepentingan diri dan sikap mengampu.Rakyat harus diberi hak untuk menyertai proses demokrasi secara berkesan dan menyumbang secara langsung kepada pembinaan masyarakat madani.

Lihatlah golongan remaja hari ini yang terlalu inginkan kebebasan. Tabsub dengan gaya hidup budaya barat dengan melupakan nilai-nilai ketimuran yang sebenarnya amalan kita. Jika ditanya kepada mereka apakah ertinya kemerdekaan tentu mereka akan kaitkan dengan kebebasan yang sesetengahnya menyimpang jauh daripada erti sebenar.

Ubah Paradigma Pemikiran...

kehidupan kita di dunia hanyalah sementara,akhirat kekal abadi.ajal menjemput kita tanpa mengira usia,pangkat,darjat dan harta.oleh itu,sempena sambutan kemerdekaan yang akan berlangsung tidak lama lagi,marilah sama-sama kita tanamkan azam dan semangat yang baru untuk sama-sama memerdekakan diri daripada belenggu penjajahan minda oleh kuasa Barat!kita bangsa Malaysia,bangsa berdaulat!ayuh,bebaskan diri daripada penjajahan minda!

Merdekakah kita?

Kita merdeka?

Bebaskah kita?

Kita bebas?

Tepuk dada tanyalah imsn....kitalah penentu masa depan diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara !!!





Thursday, August 20, 2009

KU MENGHARAPKAN .....

Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna ....
Nampaknya bulan puasa tahun ini aku akan menjalani ibadah puasa di bumi Tanjong Malim ini bersama teman2 di sini. Semoga aku, keluargaku dan teman2 sekalian akan mendapat keberkatan dan keredhaan di bulan yg mulia ini, amin....
APABILA ANDA MENGUBAH PEMIKIRAN ANDA !
  • Anda mengubah kepercayaan anda
  • Apabila anda mengubah kepercayaan anda
  • Anda mengubah jangkaan anda
  • Apabila anda mengubah jangkaan anda
  • Anda mengubah sikap anda
  • Apabila anda mengubah sikap anda
  • Anda mengubah tabiat anda
  • Apabila anda mengubah tabiat anda
  • Anda mengubah prestasi anda
  • Apabila anda mengubah prestasi anda
  • Anda mengubah kehidupan anda



Wednesday, August 12, 2009

BEST, EXCITED & PROUD

Minggu ni adalah majlis Konvokesyen UPSI. Jadi keadaan di kampus agak meriah dengan kehadiran bakal2 penerima serta ahli keluarganya. Bestnya tengok diorang tu, dah selesai dah p'juangan mereka di sini. Kami yg masih belajar di sini pula tak sabar2 nak lalui macam diorang tu, dapat beri kebanggaan kepada keluarga t'utamanya kedua ibu bapa. Kami, macam biasalah akan menjadi penyibuk dipesta konvo dengan ber 'shopping', rambang mata dibuatnya n bajet pun lari lah.....




Tuesday, August 11, 2009

HARAPAN ADAM & HAWA

'Bingkisan Doa.' Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi... Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan.... Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya... Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya... Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini... Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.... Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .






Sunday, August 9, 2009

SALAM SATU MALAYSIA !

Kita jumpa lagi! Lebih kurang seminggu kami semua bercuti sbb H!N!, nampaknya lps ni dah tak de cuti mid sem lah sbb dah kena ambil time cuti ni. Kena tunggu cuti raya ni je lah...Walau apa pun, kehidupan sebagai pelajar di sini perlu diteruskan. Assigment first yg kena submit minggu ni dsah siap.Alhamdulillah...tapi bnyak lagi assigmentyg perlu m'nyusul lepas ni.




Tuesday, July 28, 2009

CINTA LANGIT & LAUT

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit kepada laut, warna langit sama dengan warna laut.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘aku cinta padamu’ ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan. Suatu hari,datang awan..
Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ketengah-tengah langit dan laut, menghalang pandangan landan laut terhadap satu sama lain.
Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi, tentu sahaja tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan laut dan langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang mengganggu.
Dengan tiupan yang keras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan terhadap langit. Kerana berasa tersiksa dengan perasaan cintanya mengunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.
Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisah. Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara laut dan langit, di situlah mereka berpacaran. -tamat-





Friday, July 24, 2009

PERLU BUAT KEPUTUSAN....

Assingment2 sem ni nmpaknya agk berat utk kami budak2 B&K sem 5. Kena buat rakaman sesi kaunseling, tpi nak kena cari klienya yg susah tu. setiap orang kena pegang pada satu teori, aku masih dlm dilema, namun kini aku agak b'minat ngan Teoti Pemusatan Perorangan (PCC) oleh Carl Rogers. Humm...sbnranya tak tau nak mula assigment yg mana satu ni, tpi yg pasti kena buat yg perlu submit palig awal lah...

PANDANGAN TENTANG SIFAT SEMULAJADI MANUSIA (Carl Rogers)
1. Setiap manusia mempunyai harga diri :
* Ada minat tersendiri
* Bebas berdikari dan mempunyai arah kendiri
2. Manusia pada asasnya hidup di dalam dunia yang tersendiri dan subjektif .
3. Manusia cenderung bergerak ke arah perkembangan untuk menuju kesempurnaan kendiri ( self actualization ) , penyesuaian , sosialisasi , kesedaran kendiri dan autonomi .
4. Manusia boleh dipercayai ( trustworthy ) , boleh diharap ( reliable ) , boleh membina (constructive dan baik ( good ) .

Menurut Teori Carl Rogers kesimpulannya :

JIKA SEORANG ANAK ………..
JIKA SEORANG ANAK HIDUP DENGAN TIMBANG RASA IA BELAJAR BERSABAR
JIKA SEORANG ANAK HIDUP DENGAN GALAKKAN IA BELAJAR BERKEYAKINAN
JIKA SEORANG ANAK HIDUP DENGAN PUJIAN IA BELAJAR MENGHARGAI
JIKA SEORANG ANAK HIDUP DENGAN SAKSAMA IA BELAJAR ERTI KEADILAN
JIKA SEORANG ANAK HIDUP DALAM KESELAMATAN IA BELAJAR MEMPUNYAI KEPERCAYAAN
JIKA SEORANG ANAK HIDUP DENGAN SOKONGAN IA BELAJAR MENYUKAI DIRINYA
JIKA SEORANG ANAK HIDUP DENGAN PENERIMAAN DAN PERSAHABATAN IA BELAJAR MENCARI KASIH SAYANG DI DUNIA INI

Sunday, July 19, 2009


Inilah memori hidupku sejak kelahiranku di dunia ini, Aku amat bersyukur kerana lahir dalam keluarga yang bahagia dengan kasih sayang kedua ibu bapaku. Aku sentiasa doakan kebahagiaan dan kegembiraan dalam hidup mereka selamanya. Tidak terbalas jasa dan pengorbananmu sejakku lahir sehigga detik hidupku hari ini. Mak dan abah lah sumber kekuatan penting sehingga aku b'jaya hari ini. Walaupun, aku pernah tewas dan gagal, semangat serta harapan merekalah yang m'bangkitkan semula diriku ini untuk m'buktikan aku mampu memberi kebanggaan melalui sebuah kejayaan."Thanks a lot and I love U all forever."


Hadiah Terbaik ...

* Kepada kawan - Kesetiaan dan keikhlasan

* Kepada musuh - Kemaafan

* Kepada ketua - Khidnat

* Kepada yang muda - Contoh terbaik

* Kepada yang tua - Menghormati dan berbudi

* Kepada pasangan - Cinta, kejujuran dan kesetiaan

* Kepada manusia - Kebebasan




Saturday, July 18, 2009

Haruman Kasih Guru

Dian itu sentiasa membakar diri, Demi menerangi gelap malam, Bintang itu tinggi dilangit, Namun kerdipnya terlihat dibumi, Hujan mencurah gugur ke bumi, Merupakan punca pintu rezeki, Memberi nikmat pada tiap insan, Untuk mengisi perut kekosongan...

Begitu jualah pada guruku, Panas dan hujan bukan penghalang, Mencurah ilmu didada, Demi melihat kejayaan anak bangsa...

Jasamu guru tidak terbalas, Biar emas setinggi gunung, Biar intan seluas lautan, Namun itu bukanlah pembalasan...

Kasihku kepadamu guruku, Tiada penghujungnya, Biarpun dunia kan ke akhirnya, Namun kasihmu tetap ku kenang, Biarpun jasad terkaku bujur....

Haruman kasihmu tetap ke seluruh alam, Hari ini mampu aku melihat, Di bibirmu menguntum senyumTanda kejayaan anak didikmu, Begitu juga aku, Yang hari ini menanti kasihku dicurahkan, Mampukah aku ulangi saat itu?



Friday, July 17, 2009

Secebis luahan hati...

Skrag aku dah dlm semester 5, alhamdulillah sem lepas result final exam aku agak cemerlang. Assingmnet utk sem ni, dah mula bertimbun2 tapi tetap cool lagi! Masa cuti sem lepas aku telah m'jalankan tugasan ROS di SMK Arau. Banyak pengetahuan & pengalaman yg aku dapat sebagai p'sediaan m'jadi bakal guru, khususnya 'kaunselor'. Hakikatnya, dulu masa sekolah, aku mmg tak suka kan kaunselor dan apa jga yg b'kaitan dngn kaunseling tapi skrag takdir dah tentukan utk aku bakal m'jadi s'orang 'kaunselor' di sekolah. Semakin lama, minat aku semakin m'dalam utk m'guasai bidang kaunseling ini. Ilmu yg aku pelajari ini bukan saja utk digunakan dlm bidng p'kejaan nanti tetapi jga utk diaplikasikan dlm kehidupan diri sndiri. Namun, aku sedar yg cabaran hari ini di sekolah sngt tinggi dngn kerenah pelajar2 masa ini. Kekuatan fizikal dan mental s'sorg guru snagt penting serta kesabaran m'layan kerenah pelajar2.
"Kaunselor Penjana Evolusi Modal Insan Terbilang" ,mampukah kami bakal kaunselor m'realisasikan misi dan visi ini???

Renungan bersama....

berjlnlh dgn pnuh harapan walau hidup ini x slalu bahagia, sedekahknlh satu snyumn walau d hatimu x lg mmpu b'tahan.... blajalh m'maafkn walau dirimu t'luka, b'hntilh mmbri alasan walau ingin m'nyatakan kbenaran... hiduplh dlm iman walau hari d pnuhi godaan & b'pganglah kpd Allah walau DIA x klihatan.Bukti kasihNYA...kita wujud d dunia pnjaman ini... Ada sbab bila berlaku sesuatu perkara & yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNYA yg mengaku keimanan padaNYA .Jangan terlalu b'khayal utk jd yg t'baik kerana hidup x smudah itu, Perihal kehidupan sbg cermin dlm menilai s'buah p'abdian yg hakiki lg abadi..moga lelahmu d hargai ilahi walau d cemuh insani.........

Thursday, July 16, 2009

Salam perkenalan....


Hari ini aku dah berjaya hasilkan blog sendiri, sebenarnya niat ni dah tertangguh dari sem lepas lagi. Semoga aku dapat manfaatkan blog ini sebaiknya. Kehidupan di dunia ini hanyalah sementara, aku ingin buat yang terabik untuk diri sendiri, keluarga, teman-teman dan masyarakat. Salam aspirasi, dan salam ukhwah pembuka bicara.