Friday, August 28, 2009

KEMERDEKAAN ATAU KEBEBASAN !!!

Merdeka bermakna bebas, mampu berdikari, mampu buat keputusan sendiri, dihormati dan tidak diperlekehkan oleh orang lain. Kemerdekaan tidak harus disamaertikan dengan penerimaan bulat-bulat aspek pemodenan bangsa asing yang lebih maju. Kalau kita tidak dapat membezakan antara yang baik dan yang membawa kehancuran, ini bermakna kita belum merdeka sepenuhnya.Kemerdekaan adalah sebuah perjalanan yang panjang, berliku dan tak berpenghujung. Akan tetapi, berjayalah sesebuah bangsa jika ia gigih menempuh ranjau, bijak menawan selekoh, tahan meredah cuaca dan matang menerjang lumpur. Buat pertama kalinya dalam sejarah kita, rakyat Malaysia sedar bahawa kemerdekaan adalah lebih dari pembebasan dari penjajahan. Jiwa kemerdekaan itu memberi makna kepada rakyat biasa, ia juga harus membantu mewujudkan persekitaran yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk berfikir, bersuara atau bertindak tanpa dibelenggu oleh kepentingan diri dan sikap mengampu.Rakyat harus diberi hak untuk menyertai proses demokrasi secara berkesan dan menyumbang secara langsung kepada pembinaan masyarakat madani.

Lihatlah golongan remaja hari ini yang terlalu inginkan kebebasan. Tabsub dengan gaya hidup budaya barat dengan melupakan nilai-nilai ketimuran yang sebenarnya amalan kita. Jika ditanya kepada mereka apakah ertinya kemerdekaan tentu mereka akan kaitkan dengan kebebasan yang sesetengahnya menyimpang jauh daripada erti sebenar.

Ubah Paradigma Pemikiran...

kehidupan kita di dunia hanyalah sementara,akhirat kekal abadi.ajal menjemput kita tanpa mengira usia,pangkat,darjat dan harta.oleh itu,sempena sambutan kemerdekaan yang akan berlangsung tidak lama lagi,marilah sama-sama kita tanamkan azam dan semangat yang baru untuk sama-sama memerdekakan diri daripada belenggu penjajahan minda oleh kuasa Barat!kita bangsa Malaysia,bangsa berdaulat!ayuh,bebaskan diri daripada penjajahan minda!

Merdekakah kita?

Kita merdeka?

Bebaskah kita?

Kita bebas?

Tepuk dada tanyalah imsn....kitalah penentu masa depan diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara !!!





Thursday, August 20, 2009

KU MENGHARAPKAN .....

Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna ....
Nampaknya bulan puasa tahun ini aku akan menjalani ibadah puasa di bumi Tanjong Malim ini bersama teman2 di sini. Semoga aku, keluargaku dan teman2 sekalian akan mendapat keberkatan dan keredhaan di bulan yg mulia ini, amin....
APABILA ANDA MENGUBAH PEMIKIRAN ANDA !
  • Anda mengubah kepercayaan anda
  • Apabila anda mengubah kepercayaan anda
  • Anda mengubah jangkaan anda
  • Apabila anda mengubah jangkaan anda
  • Anda mengubah sikap anda
  • Apabila anda mengubah sikap anda
  • Anda mengubah tabiat anda
  • Apabila anda mengubah tabiat anda
  • Anda mengubah prestasi anda
  • Apabila anda mengubah prestasi anda
  • Anda mengubah kehidupan anda



Wednesday, August 12, 2009

BEST, EXCITED & PROUD

Minggu ni adalah majlis Konvokesyen UPSI. Jadi keadaan di kampus agak meriah dengan kehadiran bakal2 penerima serta ahli keluarganya. Bestnya tengok diorang tu, dah selesai dah p'juangan mereka di sini. Kami yg masih belajar di sini pula tak sabar2 nak lalui macam diorang tu, dapat beri kebanggaan kepada keluarga t'utamanya kedua ibu bapa. Kami, macam biasalah akan menjadi penyibuk dipesta konvo dengan ber 'shopping', rambang mata dibuatnya n bajet pun lari lah.....




Tuesday, August 11, 2009

HARAPAN ADAM & HAWA

'Bingkisan Doa.' Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi... Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan.... Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya... Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya... Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini... Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.... Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .






Sunday, August 9, 2009

SALAM SATU MALAYSIA !

Kita jumpa lagi! Lebih kurang seminggu kami semua bercuti sbb H!N!, nampaknya lps ni dah tak de cuti mid sem lah sbb dah kena ambil time cuti ni. Kena tunggu cuti raya ni je lah...Walau apa pun, kehidupan sebagai pelajar di sini perlu diteruskan. Assigment first yg kena submit minggu ni dsah siap.Alhamdulillah...tapi bnyak lagi assigmentyg perlu m'nyusul lepas ni.