Monday, September 28, 2009

Masih dalam bulan syawal....



Lebih kurang seminggu juga aku dapat balik rumah untuk cuti hari raya ni.Terasa masih belum puas b'hari raya di kampung. Tahun ni macam biasa, aku berhari raya di kg sebelah emak di Kedah kerana lebih kurg ikut giliran lah,ahun depan nmpaknya baru akan b'raya di kg sebelah abah di Kelantan. Kami sekeluarga b'kumpul di rumah tok wan sejak mlm raya lgi. Kemeriahan lebih t'rasa apabila bdk2 main bunga api dan dngr dentuman mercun.Dulu2 suka gak main mercun n bunga api, tapi skrg dah besar ni, tengok je lah org main, sbb rasa dah tak minat, so lebih sula tonton tv je rancangan raya. Pagi raya lps sembahyang sunat aidilfitri, kami semua setiap ahli keluarga b'gambar kenangan utk raya thun ni. Ini sbhagian dri gmbr aku dah ahli keluarga ku shja iaitu abah, emak, aku, angah dan adik.Lepas tu baru lah gi jlan2 ke rumah saudara mara dan kami juga menerima kedatangan mereka pula smpailah raya ke 4. Slps tu, kami masing2 pulg semula ke rumah sbb dah ada yg kena mula b'kerja n nak b'raya kt umah sndiri pulak. Pada hari raya ke lima aku sempat b'raya di rumah cikgu dan kawan2 lama time sekolah dulu. Seronok gak rasanya dapat b'kumpul ramai2 time raya mcm ni, walaupun tak semua dpt join sklai sbb ada hal. Time tu, smpat lgi kami b'bincang utk buat reunion hujung thun ni, sebb prnah janji utk b'kumpul semula slepas 5 tahun SPM 2004. Insyallah...harap2 jadilah.



Wednesday, September 16, 2009

SALAM AIDILFITRI !




Kian berlabuh tirai ramadhan tahun ini, maka syawal pula bakal menjelma...
Aku dan teman2 di sini akan b'cuti raya selama lebih kurang seminggu. Aku coretkan sedikit ucapan hari raya sblum blik b'cuti. Di sisni aku ingin memohon maaf andai kata ada t'kasar bhasa atau t'buruk tingkah laku yg mnyakitkan hati teman2 ku sekalian.Smoga b'gembira dan b'bhagia m'yambut aidilfitri tahun ini.
Rindu sanagt nagn family ni..x sabar2 nak blik rumah n b'buka puasa sbb blum smpat lagi b'buka puasa ngn family pd bulan puasa thun ni.... serta seklaigus m'nyambut hari raya di 1 syawal ini.

sebulan sudah Ramadhan lalu,
Syawal tiba menyapa daku,
kupohon ampun talu-bertalu,
merungkai salah andai berlaku,

di hari lebaran ucap kulayang,
imbas kenangan kisah semalam,
tumpahkan kasih tuangkan sayang,
hidangkan ampun sajikan salam,

takbir bergema ke ruang angkasa,
khabar dikirim tanya-bertanya,
kusiram ampun menyimbah dosa,
insafi diri syukuri nikmatNya,

Songket jalur jual di pekan
Pekan Kuah asal negeri
Salam dihulur tanda kemesraan
Jalinkan ukhwah di Aidilfitri...



Friday, September 11, 2009




Salam ukhwah dan salam ramadhan....
Humm..mmg busy sangt2 minggu t'akhir sblum cuti raya ni. Banyk tugasan kena antar sblum blik cuti raya. Wlau apa pun, tanggugjawab mesti dilaksanakn sebaik mungkin. Ada jgk t'fikir sepatutnya org lain sibuk buat biskut raya tapi kami di sini sibuk buat assigment raya plak, huh..huh..huh.. Tanpa disedari, bulan ramadhan hampir b'akhir lebih kurang tinggal seminggu lagi utk kita semua umat islam m'jalani ibadah puasa thun ni. Bagi m'naikkan semngat utk buat tugasan2 ini dan m'gurangkan tekanan,layan je lagu2 raya...terasa 'feeling'nya.:)
Minggu ni b'berapa kali jgklah, sya dan kwan2 b'buka puasa d'luar sbb kls ada kls ganti mlm.So, klu b'buka puasa kat kampus, tak lah nanti t'kejar2 ngan masa utk dtg kuliah plak. Terasa begitu cepat masa b'lalu....
Ni gambar yg sempt d'ambil semasa tggu utk b'buka puasa di restoren 'Ismail Tomyam'...


Friday, September 4, 2009

KAWAN, RAKAN,TEMAN, SAHABAT ...


Assalammualaikum.....dan Salam Ramadhan....
Tanpa disedari terasa begitu cepat masa berlalu kerana sudah dipertengahan bulan ramadhan bagi semua umat Islam menjalani ibadah puasa tahun ini. Saya di sini ingin mencoretkan sedikit luahan hati tentang nilai hubungan sebuah persahabatn.Dalam hidup ini kita amat memerlukan teman unutk berbicara dan berkongsi cerita.Teman akan hadir dengan pebagai cara dalam hidup seseorang sama ada kita sedar atau tidak sedar. Namun, kadangkala kita tahu tidak menghargai kewujudannya dalam hidup kita. Apabila dia sudah pergi, barulah kita menyedari akan kewujudannya dalam hidup kita selama ini. Sebenarnya adalah sukar untuk menjaga sebuah perhubungan persahabatan kerana ujian dan dugaan pasti juga akan wujud. Secara sengaja atau tidak sengaja kita menyakitkan hatinya dengan bicara atau tingkahlaku kita. Kita juga mengharapkan seorang teman yang akan berada disamping kita ketika susah ataupun senang.

" Sahabat wujud dari satu pertemuandengan 10 pertanyaan, 100 keyakinan dan 1000 pengorbanan serta berjuta2 perjuangan dengan satu keikhlasan dan keredhaan Allah. Andai seorang sahabat membuat kebaikan ukirlah ia di atas batu agar tersemat di hati & kekal sebagai memori terindah, namun jika sahabat membuat kesalahan , tulislah di atas pasir agar hilang ditiup angin kemaafan".

Semaikan sikapmu dengan benih keikhlasan,
Jiruskan dirimu dengan air kejujuran,
Gemburkan hatimu dengan baja kesetiaan,
Nikmati kebahagiaan dengan kehadiran seorang teman...