Tuesday, July 28, 2009

CINTA LANGIT & LAUT

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit kepada laut, warna langit sama dengan warna laut.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘aku cinta padamu’ ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan. Suatu hari,datang awan..
Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ketengah-tengah langit dan laut, menghalang pandangan landan laut terhadap satu sama lain.
Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi, tentu sahaja tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan laut dan langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang mengganggu.
Dengan tiupan yang keras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan terhadap langit. Kerana berasa tersiksa dengan perasaan cintanya mengunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.
Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisah. Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara laut dan langit, di situlah mereka berpacaran. -tamat-





Friday, July 24, 2009

PERLU BUAT KEPUTUSAN....

Assingment2 sem ni nmpaknya agk berat utk kami budak2 B&K sem 5. Kena buat rakaman sesi kaunseling, tpi nak kena cari klienya yg susah tu. setiap orang kena pegang pada satu teori, aku masih dlm dilema, namun kini aku agak b'minat ngan Teoti Pemusatan Perorangan (PCC) oleh Carl Rogers. Humm...sbnranya tak tau nak mula assigment yg mana satu ni, tpi yg pasti kena buat yg perlu submit palig awal lah...

PANDANGAN TENTANG SIFAT SEMULAJADI MANUSIA (Carl Rogers)
1. Setiap manusia mempunyai harga diri :
* Ada minat tersendiri
* Bebas berdikari dan mempunyai arah kendiri
2. Manusia pada asasnya hidup di dalam dunia yang tersendiri dan subjektif .
3. Manusia cenderung bergerak ke arah perkembangan untuk menuju kesempurnaan kendiri ( self actualization ) , penyesuaian , sosialisasi , kesedaran kendiri dan autonomi .
4. Manusia boleh dipercayai ( trustworthy ) , boleh diharap ( reliable ) , boleh membina (constructive dan baik ( good ) .

Menurut Teori Carl Rogers kesimpulannya :

JIKA SEORANG ANAK ………..
JIKA SEORANG ANAK HIDUP DENGAN TIMBANG RASA IA BELAJAR BERSABAR
JIKA SEORANG ANAK HIDUP DENGAN GALAKKAN IA BELAJAR BERKEYAKINAN
JIKA SEORANG ANAK HIDUP DENGAN PUJIAN IA BELAJAR MENGHARGAI
JIKA SEORANG ANAK HIDUP DENGAN SAKSAMA IA BELAJAR ERTI KEADILAN
JIKA SEORANG ANAK HIDUP DALAM KESELAMATAN IA BELAJAR MEMPUNYAI KEPERCAYAAN
JIKA SEORANG ANAK HIDUP DENGAN SOKONGAN IA BELAJAR MENYUKAI DIRINYA
JIKA SEORANG ANAK HIDUP DENGAN PENERIMAAN DAN PERSAHABATAN IA BELAJAR MENCARI KASIH SAYANG DI DUNIA INI

Sunday, July 19, 2009


Inilah memori hidupku sejak kelahiranku di dunia ini, Aku amat bersyukur kerana lahir dalam keluarga yang bahagia dengan kasih sayang kedua ibu bapaku. Aku sentiasa doakan kebahagiaan dan kegembiraan dalam hidup mereka selamanya. Tidak terbalas jasa dan pengorbananmu sejakku lahir sehigga detik hidupku hari ini. Mak dan abah lah sumber kekuatan penting sehingga aku b'jaya hari ini. Walaupun, aku pernah tewas dan gagal, semangat serta harapan merekalah yang m'bangkitkan semula diriku ini untuk m'buktikan aku mampu memberi kebanggaan melalui sebuah kejayaan."Thanks a lot and I love U all forever."


Hadiah Terbaik ...

* Kepada kawan - Kesetiaan dan keikhlasan

* Kepada musuh - Kemaafan

* Kepada ketua - Khidnat

* Kepada yang muda - Contoh terbaik

* Kepada yang tua - Menghormati dan berbudi

* Kepada pasangan - Cinta, kejujuran dan kesetiaan

* Kepada manusia - Kebebasan




Saturday, July 18, 2009

Haruman Kasih Guru

Dian itu sentiasa membakar diri, Demi menerangi gelap malam, Bintang itu tinggi dilangit, Namun kerdipnya terlihat dibumi, Hujan mencurah gugur ke bumi, Merupakan punca pintu rezeki, Memberi nikmat pada tiap insan, Untuk mengisi perut kekosongan...

Begitu jualah pada guruku, Panas dan hujan bukan penghalang, Mencurah ilmu didada, Demi melihat kejayaan anak bangsa...

Jasamu guru tidak terbalas, Biar emas setinggi gunung, Biar intan seluas lautan, Namun itu bukanlah pembalasan...

Kasihku kepadamu guruku, Tiada penghujungnya, Biarpun dunia kan ke akhirnya, Namun kasihmu tetap ku kenang, Biarpun jasad terkaku bujur....

Haruman kasihmu tetap ke seluruh alam, Hari ini mampu aku melihat, Di bibirmu menguntum senyumTanda kejayaan anak didikmu, Begitu juga aku, Yang hari ini menanti kasihku dicurahkan, Mampukah aku ulangi saat itu?



Friday, July 17, 2009

Secebis luahan hati...

Skrag aku dah dlm semester 5, alhamdulillah sem lepas result final exam aku agak cemerlang. Assingmnet utk sem ni, dah mula bertimbun2 tapi tetap cool lagi! Masa cuti sem lepas aku telah m'jalankan tugasan ROS di SMK Arau. Banyak pengetahuan & pengalaman yg aku dapat sebagai p'sediaan m'jadi bakal guru, khususnya 'kaunselor'. Hakikatnya, dulu masa sekolah, aku mmg tak suka kan kaunselor dan apa jga yg b'kaitan dngn kaunseling tapi skrag takdir dah tentukan utk aku bakal m'jadi s'orang 'kaunselor' di sekolah. Semakin lama, minat aku semakin m'dalam utk m'guasai bidang kaunseling ini. Ilmu yg aku pelajari ini bukan saja utk digunakan dlm bidng p'kejaan nanti tetapi jga utk diaplikasikan dlm kehidupan diri sndiri. Namun, aku sedar yg cabaran hari ini di sekolah sngt tinggi dngn kerenah pelajar2 masa ini. Kekuatan fizikal dan mental s'sorg guru snagt penting serta kesabaran m'layan kerenah pelajar2.
"Kaunselor Penjana Evolusi Modal Insan Terbilang" ,mampukah kami bakal kaunselor m'realisasikan misi dan visi ini???

Renungan bersama....

berjlnlh dgn pnuh harapan walau hidup ini x slalu bahagia, sedekahknlh satu snyumn walau d hatimu x lg mmpu b'tahan.... blajalh m'maafkn walau dirimu t'luka, b'hntilh mmbri alasan walau ingin m'nyatakan kbenaran... hiduplh dlm iman walau hari d pnuhi godaan & b'pganglah kpd Allah walau DIA x klihatan.Bukti kasihNYA...kita wujud d dunia pnjaman ini... Ada sbab bila berlaku sesuatu perkara & yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNYA yg mengaku keimanan padaNYA .Jangan terlalu b'khayal utk jd yg t'baik kerana hidup x smudah itu, Perihal kehidupan sbg cermin dlm menilai s'buah p'abdian yg hakiki lg abadi..moga lelahmu d hargai ilahi walau d cemuh insani.........

Thursday, July 16, 2009

Salam perkenalan....


Hari ini aku dah berjaya hasilkan blog sendiri, sebenarnya niat ni dah tertangguh dari sem lepas lagi. Semoga aku dapat manfaatkan blog ini sebaiknya. Kehidupan di dunia ini hanyalah sementara, aku ingin buat yang terabik untuk diri sendiri, keluarga, teman-teman dan masyarakat. Salam aspirasi, dan salam ukhwah pembuka bicara.