Sunday, January 31, 2010

KEJELASAN DALAM KESAMARAN

Biasanya kita sangat mementingkan penjelasan dalam sesuatu perkara agar berpuas hati dan mendapat kepastian yang sepatutnya. Namun, kadang kala kita berasa bahawa sudah jelas dengan hal tersebut tetapi dalam masa yang sama masih berasa sammar-samar. Sebenarnya, apa yang sedang kita alami ini? Itulah hakikatnya yang kita sendiri sebenarnya tidak memahami diri sendiri. Tetapi kadang kala kita sendiri tidak jujur dengan diri sendiri dengan menyatakan faham dan jelas walaupun sebenarnya kita tidak faham dan masih dalam kesamaran. Mungkin ini juga boleh dikategorikan sebagai 'hipokrit' iaitu sifat kepura-puraan yang akan membawa kesan buruk terhadap diri sendiri. Misalnya akan berlaku salah faham, ketidakpastian dan ketidakpuasan hati.Oleh itu, kita perlukan penjelasan yang tepat dan meyakinkan agar tidak berasa samar-samar dengan sesuatu perkara ingin dan perlu kita tahu.

* Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir - Abdullah Abbas

* Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat.







video

Monday, January 25, 2010

PENGALAMA N MENGAJAR KITA ERTI KEHIDUPAN...



Setiap detik yang berlalu takkan kembali lagi,
Masa yang tinggal hari ini adalah untuk persediaan masa depan,
Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun,
Waktu Berlalu dan silih berganti tanpa disedari,
Berbagai-bagai peristiwa yang manis dan pahit dilalui,
Adakah ia satu suratan atau kebetulan,
Namun,kita sebagai hamba-NYA tidak boleh cepat mengaku kalah,
Jangan mudah kecewa atau menyesal,
Mungkin ada hikmsh disebalik sesuatu dugaan,


Pengalaman mengajar kita erti kehidupan....
Erti nilai keikhlasan, kejujuran, kepercayaan, kesetiaan....
Dalam sebuah perhubungan silaturrahim yang erat....
Dengan cinta, kasih sayang,kerinduan....
Namun kadang kala apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan....
Apabila berpaling tadah dan tidak lagi saling menghargai....
Maka, jadikan ia sebagai pengalaman untuk melalui masa depan yang lebih bermakna....



Tuesday, January 19, 2010

USAHA & CITA-CITA .....


Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak.

Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati.

Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus.

Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran.

Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan.

Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.

Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.

Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah. -el

Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya.

Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan.

Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket.

Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan - Mahatma Ghandi

Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri.



Friday, January 15, 2010

Assalammualaikum..
Sekarang ni dah mula dah sibuk dengan kuliah n assigment yg sedang diterima sedikit demi sedikit yg lama 2 akan bnyk mcm bukit. Rasanya sem ni lagi m'cabar assigment2 yg perlu dilaksanakan. Walau apa pun, ini merupakan tanggugjawab yg perlu dilaksanakan dngn sebaik mungkin. Hummm...PTPTN pun nampaknya msuk lamabat gak sem ni, jadi terhad sikit lah awal2 ni....Terima kasih bnyk dngan bantuan PAMA saya dapat juga memenuhi keperluan n kehendak yg sepatutnya.huh..huh...
Tapi, sebenarnya agak kecewa gak, sbb bnyk perancangan yg telah d'rancang seblum ni dngn kawan2 telah tergendala sbb gara2 duit belum msuk. Apa pun kami kena sabar je lah n t'paksa tangguhkan dulu niat n rancangan tu. Harap2 dpt juga kami jalankan rancangan2 kami ini.Amin....
Moral of the story : Jangn t'lalu m'harap apa yg d'rancang akan m;jadi kenyataan....



Friday, January 1, 2010

LEMBARAN BARU DI TAHUN BARU ....


Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun....
Terasa begitu cepat masa berlalu sepanjang kehidupan ini...
Pelbagai pengalaman suka duka dilalui dan ditinggalkan sebagai memori hidup...
Walau apa pun yang terjadi hidup ini perlu diteruskan...
Jadikan kejayaan masa lalu sebagai kekuatan dan semangat..
Jadikan kegagalan masa lalu pula sebagai pengajaran dalam m'perbaiki kelemahan...
Bangkitlah dari kekecewaan, kesedihan dan kegagalan ....
Binalah sebuah kejayaan, kebahagiaan dan kegembiraan ...
Kekecewaan tidak selamanya kita rasai...
Namun,ingatlah bahawa kebahagiaan tidak juga selamanya kita miliki....
Berusahalah menjadi insan yang berguna kepada keluarga, agama, bangsa dan negara...
Hijrahlah kita dari sifat yang kurang baik kepada lebih baik....
Perjuanglah apa yang perlu dan sepatutnya kita miliki...