Thursday, February 25, 2010

LIFE CHANGES.....

Life Changes, goes up and down

you never know until it comes around.

We try to smile thru good and bad

depdn on friends to keep away sad.

The journey is long, the road is rough

faith and hope will be enough.

Don't waste a day in anger or regret

keep joy in your heart, your needs will be met.



Monday, February 22, 2010

SEIKHLAS SENYUMAN.....


Salam ikatan mesra....
Selepas lebih kurang bercuti mid sem selama seminggu,cuti yg menyeronokkan bersama keluarga pada kali ini. Namun, dengan hati yg berat t'paksa datang semula ke bumi Tanjong Malim ini utk msuk miggu kuliah ke-8. Bertimbun2 assigment yg kena hantar menanti slps cuti ni. Hummm...namanya pun masih b'status pelajar kan, so mestilah kena beri komitmen utk tunaikan tanggugjawab sebagai pelajar yg masih nlum selesai ini.Masih kuat lagi semangat ini utk teruskan perjuanaganku ini.....


Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...


Friday, February 12, 2010

PELUANG YANG SENTIASA TERBUKA....




“Ketika satu pintu tertutup, pintu lain terbuka. Namun terkadang kita melihat dan menyesali pintu tertutup tersebut terlalu lama sehingga kita tidak melihat pintu lain yang telah terbuka.” – Alexander Graham Bell

Indah sekali susunan maksudnya. Setiap kali anda menghadapi kebuntuan dalam menyelesaikan masalah, sebenarnya anda boleh keluar dari situ. Cuma kadang-kadang kesusahan dan kesukaran menghalang pemikiran anda untuk mencari penyelesaian masalah. Akhirnya anda terperangkap dalam situasi yang semakin kusut dan membuat keputusan hanya berdasarkan apa yang terlintas ketika itu.

Percayalah bahawa peluang menyelesaikannya sentiasa terbuka. Apa yang perlu anda lakukan anda cuma memerlukan sedikit kesabaran untuk berfikir di luar kotak pemikiran agar jalan penyelesaiannya lebih baik dan terbuka. Kelemahan kita, mungkin kita tidak perasan sebenarnya masalah kita sudah mampu diselesaikan dengan mudah. Mungkin kerana pengalaman hidup yang beronak duri menjadikan kehidupan lebih sukar untuk difikirkan bagaimana menyelesaikannya. Apabila setiap hari membuat keputusan dalam acuan yang sama sudah semestinya corak pemikiran dan cara menyelesaikan masalah bukan yang terbaik.

Jangan kalah dalam berfikir. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Peluang kedua pasti akan sentiasa ada jika anda terus memikirkannya dan berdoa kepada Allah agar diberikan peluang tersebut. Jangan fikir putus asa jika anda belum mula berfikir untuk menyelesaikan masalah anda.


Thursday, February 11, 2010













9 Fakta penting dalam mencapai matlamat anda

1. Kuasai masa anda
"Kegagalan merancang adalah Perancangan untuk gagal"

2. Keputusan di tangan anda..Jangan biarkan orang lain menghalang anda.
"Orang lain boleh menghalang anda buat sementara TAPI hanya ada seorang sahaja yang boleh melakukannya untuk selama-lamanya".

3. Hapuskan ketakutan.
"Jika anda takut mencuba, anda tidak akan pernah gagal. Tetapi takut untuk mencuba membuat anda tidak akan berjaya".

4. Praktikan sikap positif

5. Gambaran minda
"Kejayaan bukan destinasi, ianya adalah perjalanan, anda perlu gambarkan arah kemana tujuan perjalanan tersebut".

6. Bina imej diri positif

7. Capai sebarang peluang yang mendatang
"Peluang hanya datang sekali"

8. Tuliskan matlamat anda dan semaklah ia selalu

9. Ambil tindakan sekarang – Jangan cakap-cakap kosong sahaja.
"Action speak louder than words"
"1 % dari kejayaan adalah kerana bernasib baik. 99% lain adalah hasil usaha"



Friday, February 5, 2010

MEMBUAT SUATU KEPUTUSAN.....

Membuat keputusan merupakan satu cabaran kerana ia mungkin akan menimbulkan kesan yang baik atau buruk, malah mungkin menimbulkan perkara yang tidak terlintas langsung di fikiran. Kematangan dan kebijaksanaan seseorang boleh dilihat daripada cara dia membuat keputusan. Terdapat keputusan yang boleh dibuat dengan serta-merta dan ada pula yang mengambil masa untuk difikirkan terlebih dahulu. Keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa adakalanya tidak membawa faedah, malah lebih teruk jika menimbulkan pelbagai perkara buruk. Maka, kita haruslah memahirkan diri terlebih dahulu dengan cara-cara membuat keputusan yang betul.

1. Tenangkan fikiran
Apabila di dalam kebuntuan untuk membuat keputusan, elakkan rasa tertekan dan yakinkan diri anda bahawa anda dapat membuat keputusan yang terbaik. Tenangkan fikiran dan jangan bertindak di luar kawalan seperti menjerit, menumbuk dinding, minum arak, memandu kenderaan dengan laju dan sebagainya. Sebaliknya, cuba duduk, tarik nafas panjang ataupun ambil wuduk dan menunaikan solat sunat. Fikiran yang tenang penting agar kita dapat berfikir dengan waras tanpa menurut gerak hati yang mungkin akan menambahkan lagi kerumitan.

2. Kenal pasti masalah sebenar
Setelah fikiran tenang, fikirkan semula perkara yang menjadi masalah sebenar. Cuba ingat samada anda pernah menghadapinya ataupun pertama kali. Jika pernah, ingat kembali keputusan yang telah dibuat dan kesan-kesannya. Jika ianya pertama kali, fikirkan perkara itu dengan teliti.

3. Kenal pasti pilihan
Fikirkan semua pilihan-pilihan yang ada. Cuba cari seberapa banyak pilihan yang boleh dibuat. Untuk membuat keputusan yang amat penting dan besar, sebaiknya sediakan kertas untuk mencatat pilihan-pilihan yang ada.

4. Kaji baik buruk pilihan
Setiap pilihan yang ada mempunyai kesan yang baik dan buruk kepada diri sendiri atau orang lain. Oleh itu, setiap pilihan perlu dikaji dengan teliti kesan yang akan timbul. Fikirkan sebanyak mungkin segala kesan baik dan buruk yang mungkin terjadi jika pilihan itu yang diambil.

5. Buat pilihan terbaik
Setelah mengkaji baik buruk setiap tindakan, buatlah pilihan yang terbaik iaitu yang paling banyak positifnya daripada negatif. Pastikan keputusan yang dipilih benar-benar mampu untuk anda laksanakan dan jangan menyesal dengan keputusan anda. Keputusan yang telah diambil hendaklah dilakukan dengan penuh keyakinan. Tabahkan diri dan percaya bahawa keputusan itulah yang terbaik.

6. Tegas dengan keputusan
Yakinlah bahawa keputusan yang dibuat adalah betul. Anda perlu tegas dengan keputusan anda dan jangan ikut kata orang. Jangan mudah berubah, sebaliknya tegaslah dengan keputusan yang anda. Kesabaran amat penting setelah membuat keputusan agar anda tidak akan kecewa, malah lebih yakin dengan diri sendiri.

7. Nilai semula
Apabila anda telah melaksanakan keputusan yang diambil, cuba lihat kembali kesan-kesan yang berlaku. Adakah sama dengan apa yang telah dikaji atau terdapat kesan-kesan lain yang tidak tersenarai? Simpan catatan anda untuk dijadikan rujukan jika anda menghadapi perkara yang serupa pada masa akan datang.

Kehidupan kita tidak pernah lari daripada menghadapi pilihan-pilihan serta masalah yang mana ianya amat penting untuk menjadikan kita lebih matang untuk menghadapi kehidupan mendatang. Membuat keputusan memerlukan ketajaman fikiran dan keyakinan. Pengalaman juga dapat membantu kita membuat keputusan terbaik. Jika ianya amat sukar, dapatkanlah buah fikiran orang lain seperti ibubapa, rakan-rakan, guru, ataupun khidmat kaunseling.