Saturday, March 20, 2010

INGIN SEPERTI DULU.....


Ya Allah....
Di hati ini hanya tuhan yang tahu,
Hatiku tidak tanang, resah, gelisah, sedih....
Memikirkan sebuah hubungan persahabatan,
Yang seolah-olah kian suram dan hambar,
Adakah aku yang berubah atau mereka yang berubah?
Kami tidak lagi seperti dulu.....
Di mana silapnya....
Adakah mereka juga menyedarinya,
Atau hanya aku yang merasakannya,
Apakah yang sebenarnya yang berlaku,
Ku mahukan hubungan persahabatan kita seperti dulu,

Ke mana hilangnya kemesraan kita bersama,
Lidahku kelu seribu bahasa,
Seperti tiada apa lagi yang perlu dibicarakan,
Tidak mampu ku berterus terang tentang apa yang dirasai,
Aku juga tidak mampu untuk terus berpura-pura senang,
Apakah sebenarnya yang terjadi ini...
Adakah ia sebuah mimpi atau kenyataan yang perlu dihadapi,
Kuharap ia tidak akan berterusan dan kembali seperti dulu,

Begitu indah detik-detik kita bersama,
Sepanjang kita melalui kehidupan di sini,
Suka dan duka kita tetap tempuhi bersama,
Bergelak tawa dikala suka,
Berkongsi duka dikala sedih,
Pertemuan kita di sini membawa lembaran baru,
Terbinanya jalinan sebuah persahabatan,
Namun, peperpisahan mungkin akan terjadi jua,
Tanpa diduga dan diminta,
ia berubah dengan sekelip mata,
Mungkin hanya akan tinggal cebisan kenangan lalu....
Mengapa ini terjadi setelah sekian lama kita berteman...

Ku ingin kembali seperti dulu,
Ya Allah, berikanlah ku ketabahan dan kekuatan,
Andaikata akan berlalunya pergi persahabatan ini,
Ku tetap doakan yang terbaik untukmu teman-temanku,
Ku tidak pernah menyesal dalam persahabatan ini,
Ku redha apa yang berlaku,
Mungkin masing-masing inginkan haluan hidup sendiri,
Namun, aka tetap rindukan detik-detik itu,
Adakah kesudahan cerita ini atau....
Biarkan masa dan takdir yang menentukan segalanya....



Sunday, March 14, 2010

PROPOSAL OH PROPOSAL !





Ada apa dengan 'PROPOSAL'? Humm....antara assigemnt yg agak berat n complicated selain drpd laporan & sesi rakaman kaunseling kelompok. Dah ada mslh ngn nak luluskn tajuk proposal ni,it's complicated.....dah lah sem depan tajuk yg sama utk sambung kpd Tesis. Perlukan pemilihan yg tepat agar tak timbul masalah nanti masa buat Tesis.Apapun saya bersyukur, sbb semua assigment lain sya dh dpat siapkan dngn lebih awl n baik.
Sebenarnya kalau dlm sesuatu mslah yg sedang kita hadapi, kita selalu cuba mnyalahkan org lain atau keadaan yg x adil mnyebabkan kita b'masalah. Yelah, mmg bkn senang kita nak mngaku kelemahan or kesilapan diri sndiri. Contohnya baru2 ni kelam kabut menyiapkan laporan program yg telah group saya jalankan di sebuah sekolah. Padahal, program tu dah dilaksanakan sejak awl bln 2 lgi, tpi sngaja tangguhkan keje2 buat report tu sbb kena hantar lewat lgi. Itulah namanya sikap suka tangguhkan kerja n buat last minit yg m'nyebabkan tension x pasal2.... tpi itu risiko yg perlu saya bertanggugjab n cuba buat yg terbaik juga.Memandagkn tugasan ni pun secara b'kumpuln, jadi ia mugkin meringnkn sedikit. Ini adalah gambar2 semasa buat program tu yg menambahkan pengalaman saya dlm m'ngendalikan program...


Monday, March 8, 2010

Mendapat Maklumat & Release Tension ........




Bismillahhirrahmanirrahim.....Salam satu Malaysia!
Sekaran ni minggu kuliah ke- 10, jadi saya sangat2 sibuk menyiapkan assigment2 yg kena hantar ni, banyak betul smapai bertindih-tindih keja rasanya, tak tau nak siapkan yg mana dulu. Rehat pun tak cukup, dah rasa jadi macam robot bernyawa dan berakal je.
Hummm...namun minggu lepas hari sabtu iaitu 6 Mac 2010 saya dan kawan-kawan sempat gak m'ngikuti program Seminar & Pameran Kaunseling Pelbagai Budaya bertempat di UPM, Serdang. Program ini dianjurkan oleh pelajar Bacelor Pend. B & K UPM dngn kerjasa PERKAMA. Program ini turut disertai oleh beberapa pelajar2 kaunseling universiti lain seperti UUM,UIA,UMUSIM, ITAR dan semestinya UPSI yg diwakili oleh lebih kurang 55 org. Bnyak input yg kami perolehi melalui slot ceramah dan pamerannya.Terdapat 4 slot ceramah iaitu :

- Perkhidmatan Kaunseling di Jabatan PDRM.
- Perkhidmatan Kaunseling di Jabatan Kebajikan Masyarakat (OKU)
- Perkhidmatan Kaunseling di Jabatan Pembangunan Wanita
- Perkhidmatan Kaunseling di Hospital (HKL)

Secara keseluruhannya, program ini sanagt baik utk kami pelajar2 kaunseling meneroka dan mengetahui tugas2 kaunselor di pelbagai latar tempat selain sekolah. Malah, saya sendiri btujuan utk m'nambahkan pengetahun dan dlm masa yg sama utk release tention pd hari hujng minggu ini.