Friday, August 28, 2009

KEMERDEKAAN ATAU KEBEBASAN !!!

Merdeka bermakna bebas, mampu berdikari, mampu buat keputusan sendiri, dihormati dan tidak diperlekehkan oleh orang lain. Kemerdekaan tidak harus disamaertikan dengan penerimaan bulat-bulat aspek pemodenan bangsa asing yang lebih maju. Kalau kita tidak dapat membezakan antara yang baik dan yang membawa kehancuran, ini bermakna kita belum merdeka sepenuhnya.Kemerdekaan adalah sebuah perjalanan yang panjang, berliku dan tak berpenghujung. Akan tetapi, berjayalah sesebuah bangsa jika ia gigih menempuh ranjau, bijak menawan selekoh, tahan meredah cuaca dan matang menerjang lumpur. Buat pertama kalinya dalam sejarah kita, rakyat Malaysia sedar bahawa kemerdekaan adalah lebih dari pembebasan dari penjajahan. Jiwa kemerdekaan itu memberi makna kepada rakyat biasa, ia juga harus membantu mewujudkan persekitaran yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk berfikir, bersuara atau bertindak tanpa dibelenggu oleh kepentingan diri dan sikap mengampu.Rakyat harus diberi hak untuk menyertai proses demokrasi secara berkesan dan menyumbang secara langsung kepada pembinaan masyarakat madani.

Lihatlah golongan remaja hari ini yang terlalu inginkan kebebasan. Tabsub dengan gaya hidup budaya barat dengan melupakan nilai-nilai ketimuran yang sebenarnya amalan kita. Jika ditanya kepada mereka apakah ertinya kemerdekaan tentu mereka akan kaitkan dengan kebebasan yang sesetengahnya menyimpang jauh daripada erti sebenar.

Ubah Paradigma Pemikiran...

kehidupan kita di dunia hanyalah sementara,akhirat kekal abadi.ajal menjemput kita tanpa mengira usia,pangkat,darjat dan harta.oleh itu,sempena sambutan kemerdekaan yang akan berlangsung tidak lama lagi,marilah sama-sama kita tanamkan azam dan semangat yang baru untuk sama-sama memerdekakan diri daripada belenggu penjajahan minda oleh kuasa Barat!kita bangsa Malaysia,bangsa berdaulat!ayuh,bebaskan diri daripada penjajahan minda!

Merdekakah kita?

Kita merdeka?

Bebaskah kita?

Kita bebas?

Tepuk dada tanyalah imsn....kitalah penentu masa depan diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara !!!





No comments:

Post a Comment