Friday, August 20, 2010

ERTI HIDUP INI.....

Salam Ramadhan.......

KEHIDUPAN adalah :
* satu tujuan
* Satu perjanjian
* Satu peluang keemasan

Capailah tujuan tersebut, tunaikanlah janji itu dan gunakanlah peluang yang ada....
KEHIDUPAN adalah :
* Satu perjalanan
* Satu tugas
* Satu perjuangan

Tamatkanlah perjuangan itu dengan selamat, laksanakanlah tugas tersebut, dan perjuangkanlah sehingga beroleh kejayaan.....
KEHIDUPAN adalah :
* Satu cabaran
* Satu peristiwa
* Satu impian

Sahutlah cabaran itu, beranikanlah diri menerima dugaan tersebut dan jadikanlah mimpi itu sebagai suatu kenyataan......

Wednesday, August 11, 2010

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.....



Kumengharapkam ramdhan kali ini penuh makna, agar dapat kulalui dngn sempuna....
Dalam kesibukkan m'jalani aktiviti sbag sorg pelajar di sem akhir ni, dan ini jugalah kali t'akhir aku dan teman2 ku d'sini akan m'nyambut ramadhan di bumi Tanjog Malim ini. Smoga kami semua dpt m'jalankan ibadah puasa ini dngn sebaiknya.Dah ada kekuatan semangat utk m'nyiapka assgement awl utk blik raya awl gak!!! miss so much my mum n dad, dah hampir 2 bln x blik umah...tggu anakandamu ini pulang ! sempat gak semiigu puasa kat umah nanti....insyallah..

Friday, August 6, 2010

BILA HATI INI BERBISIK....




Sayang.....sayang.....
Ungkapan yang sangat indah....
Apabila kita menerimanya....
Adakah tahu kita menghargainya?
Sayangilah diri sendiri dahulu...
Sebelum menyanyanyagi orang lain....
Hargailah diri sendiri.....
Sebelum mahu dihargai oleh orang lain...
mencintai tak semestinya memiliki....
menyayangi juga tak semestinya ia akan berada di sisi selamanya....

Sunday, July 25, 2010

DI HATI INI HANYA TUHAN YANG TAHU........

Bismillahhirrahmanirrahim.....
Sudah lebih kurang 2 minggu aku telah b'ada di Tanjong Malim ini bagi semester t'akhir iaitu sem 7. Aku berasa seperti solah-olah sesak nafas dngn situasi yang sedang aku lalui ini. Mungkin inilah dugaan yg perlu aku hadapi utk menguji ketabahan dan keimanan hamba-Nya ini. Namun, apa yg aku harapkan adalah segala2nya akan dapat aku lalui dngn cuba lakukan yg t'baik demi m'capai impianku dngn ke'kuatan semangat dari mak & abah yg amat aku sayangi......Smoga tugasan TESIS akau pada sem ini akan dpt ku lakukan dngn baik sehingga selesai dan aku m'dapat tempat utk praktikum di sekolah yg dpt m'beriku pengalamn sebagai sorg guru dan kaunsellor yg b'wibawa...insyallah....
Biarlah apa yg sudah b'lalu, m'jadi kenangan abadi dlm hidupku.....dialah yg m'gajar aku erti cinta, rindu, sayang dan dia lah juga insan yg telah m'gajar aku erti kesakitan, kekecewaan, kesedihan......namun, aku x pernah m'nyesal kerana pernah m'ngenali dirinya.....pengalaman m'ngajar kita erti kehidupan dan mematangkan kita.....

Suratan Atau Kebetulan

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan.......



Tuesday, May 4, 2010

SELAMAT TINGGAL SEMESTER 6, SMOGA DAPAT MENERUSKAN PERJUANAGAN DI SEM DEPAN!


Salam aspirasi & salam mesra.....
Dah lama betul tak sempat menulis apa2 dlm blog ni sbb busy ngan assigment yg last2 ni n prepareation utk final exam semester ni. Hari ni hari t'akhir sya di'kolej kediaman Za'ba yg akan meninggalakn kenanagn pahit & manis brsama teman2 yg selama ini kami tinggal b'sama sejak 3 tahun kami belajar di UPSI ini. Terasa sedih sanagat sebab sem depan kami dah tak tinggal b'sama lgi kerana mereka akan tingggal di luar setelah nama mereka t'cicir dri senarai utk tinggal d'kolej. Walau bagaimanapun sya b'harap walaupun akan b'jauhan nanti , tetapi tetap dekat d'hati. Semoga kami akan mencapai semua impian yg selalu kami b'kongsi selama ini.
Buat teman2 seperjuanagn ATo4, bimbingan & kaunseling selamat b'cuti dan jumpa lgi sem depan dengan cabaran yg lebih hebat dengan Tesis t'utamanya! Semoga kita semua d'beri kekuatan semnagat dan ketabahan utk meneruskan kehiduapan ini dengan cemerlang....

Jangan jadi orang tidak sabar
Terus bersabar tetapkan bersabar
Sabar itu sebahgian iman
Jadikan ia satu amalan

Awan tidak sentiasa mendung
Langit yang cerah pasti akan datang
Ombak tidak sentiasa menggulung
Menghempas bahtera di laut
Kadangkala tenang
Mendamaikan hati yg rawan

Begitulah satu gambaran
Orang yang diduga dalam kehidupan
Pastinya kan tiba kemudahan
Ganjaran iman di sisi tuhan

Kata pujangga orang yg bersabar umpama sang pahlawan
Gagah berani ia digeruni berkorban rela mati

Jangan jadi orang tidak sabar
Terus bersabar tetapkan bersabar
Sabar itu sebahgian iman
Jadikan ia satu amalan (^^,)
fitrie_may88: Jangan jadi orang tidak sabar
Terus bersabar tetapkan bersabar
Sabar itu sebahgian iman
Jadikan ia satu amalan

Awan tidak sentiasa mendung
Langit yang cerah pasti akan datang
Ombak tidak sentiasa menggulung
Menghempas bahtera di laut
Kadangkala tenang
Mendamaikan hati yg rawan

Begitulah satu gambaran
Orang yang diduga dalam kehidupan
Pastinya kan tiba kemudahan
Ganjaran iman di sisi tuhan

Kata pujangga orang yg bersabar umpama sang pahlawan
Gagah berani ia digeruni berkorban rela mati

Jangan jadi orang tidak sabar
Terus bersabar tetapkan bersabar
Sabar itu sebahgian iman
Jadikan ia satu amalan (^^,)



Thursday, April 1, 2010

LAYAR KEHIDUPAN ....

Assalammualaikum.....& hello every body!
Nmpakny dah lama saya tak sempat update blog ni, mmg busy sangt2 dngn assingemt yg dah last2 miggu kuliah ni tapi agak berat, itulh yg kelam kabut d'buatnya. Dlm masa yg sama dngn kls ganti n presentation lgi. Walau apa pun, sya b'syukur sbb dpt hadapi dan laksanakan tugasan2 ini hingga selesai. Mmmg t'rasa t'ubat semua keletihan setelah dpt mnyeselaikan tugasan yg telah d'buat termampu dan sebaik mugkin.
D'samping sibuk dngn tugasan2 , dlm msa yg sama b'laku mcm2 peristiwa atau keadaan d'sekeliling sya iaitu insan2 d'samping sya seperti teman2 tanpa d'duga yg m'buatkn ia sbgai pahit manis dlm hidup ini. Ini m'jadiakan pengalaman mngajar kita erti khidupan dan mematangkan diri kita. Sya selalu t'fikir bhawa apa nialai sebuah p'hubungn atau p'sahabatan yg t'bina. Entahlh, sukar utk sya ungkapkn dngn kata2 apabila b'bicara ttg hal ini. Mngapa begitu sukar kita nak luahkan perasaan sbnar apa yg tersirat d'hati dan fikiran kita. Bukan b'maksud m'jadi hipokir tapi hnya ingin mnjga hatinya dan p'hubungn yg telah d'bina. Mugkin ini jig t'jadi kpd setiap org atau teman2 ku yg m'jadikan terfikir negatif ttg diriny.
Hakikatnya, kita perlu ingat bhawa tidak ada manusia yg sempurna, setiap insan punya kekurangn dan kelebihnnya. T'pulanglh pd diri sendiri utk m'pergunakan dngn sebaikny.....namun, kita juga manusia biasa yg tak pernah lari dari kesilapan....




Saturday, March 20, 2010

INGIN SEPERTI DULU.....


Ya Allah....
Di hati ini hanya tuhan yang tahu,
Hatiku tidak tanang, resah, gelisah, sedih....
Memikirkan sebuah hubungan persahabatan,
Yang seolah-olah kian suram dan hambar,
Adakah aku yang berubah atau mereka yang berubah?
Kami tidak lagi seperti dulu.....
Di mana silapnya....
Adakah mereka juga menyedarinya,
Atau hanya aku yang merasakannya,
Apakah yang sebenarnya yang berlaku,
Ku mahukan hubungan persahabatan kita seperti dulu,

Ke mana hilangnya kemesraan kita bersama,
Lidahku kelu seribu bahasa,
Seperti tiada apa lagi yang perlu dibicarakan,
Tidak mampu ku berterus terang tentang apa yang dirasai,
Aku juga tidak mampu untuk terus berpura-pura senang,
Apakah sebenarnya yang terjadi ini...
Adakah ia sebuah mimpi atau kenyataan yang perlu dihadapi,
Kuharap ia tidak akan berterusan dan kembali seperti dulu,

Begitu indah detik-detik kita bersama,
Sepanjang kita melalui kehidupan di sini,
Suka dan duka kita tetap tempuhi bersama,
Bergelak tawa dikala suka,
Berkongsi duka dikala sedih,
Pertemuan kita di sini membawa lembaran baru,
Terbinanya jalinan sebuah persahabatan,
Namun, peperpisahan mungkin akan terjadi jua,
Tanpa diduga dan diminta,
ia berubah dengan sekelip mata,
Mungkin hanya akan tinggal cebisan kenangan lalu....
Mengapa ini terjadi setelah sekian lama kita berteman...

Ku ingin kembali seperti dulu,
Ya Allah, berikanlah ku ketabahan dan kekuatan,
Andaikata akan berlalunya pergi persahabatan ini,
Ku tetap doakan yang terbaik untukmu teman-temanku,
Ku tidak pernah menyesal dalam persahabatan ini,
Ku redha apa yang berlaku,
Mungkin masing-masing inginkan haluan hidup sendiri,
Namun, aka tetap rindukan detik-detik itu,
Adakah kesudahan cerita ini atau....
Biarkan masa dan takdir yang menentukan segalanya....



Sunday, March 14, 2010

PROPOSAL OH PROPOSAL !





Ada apa dengan 'PROPOSAL'? Humm....antara assigemnt yg agak berat n complicated selain drpd laporan & sesi rakaman kaunseling kelompok. Dah ada mslh ngn nak luluskn tajuk proposal ni,it's complicated.....dah lah sem depan tajuk yg sama utk sambung kpd Tesis. Perlukan pemilihan yg tepat agar tak timbul masalah nanti masa buat Tesis.Apapun saya bersyukur, sbb semua assigment lain sya dh dpat siapkan dngn lebih awl n baik.
Sebenarnya kalau dlm sesuatu mslah yg sedang kita hadapi, kita selalu cuba mnyalahkan org lain atau keadaan yg x adil mnyebabkan kita b'masalah. Yelah, mmg bkn senang kita nak mngaku kelemahan or kesilapan diri sndiri. Contohnya baru2 ni kelam kabut menyiapkan laporan program yg telah group saya jalankan di sebuah sekolah. Padahal, program tu dah dilaksanakan sejak awl bln 2 lgi, tpi sngaja tangguhkan keje2 buat report tu sbb kena hantar lewat lgi. Itulah namanya sikap suka tangguhkan kerja n buat last minit yg m'nyebabkan tension x pasal2.... tpi itu risiko yg perlu saya bertanggugjab n cuba buat yg terbaik juga.Memandagkn tugasan ni pun secara b'kumpuln, jadi ia mugkin meringnkn sedikit. Ini adalah gambar2 semasa buat program tu yg menambahkan pengalaman saya dlm m'ngendalikan program...


Monday, March 8, 2010

Mendapat Maklumat & Release Tension ........




Bismillahhirrahmanirrahim.....Salam satu Malaysia!
Sekaran ni minggu kuliah ke- 10, jadi saya sangat2 sibuk menyiapkan assigment2 yg kena hantar ni, banyak betul smapai bertindih-tindih keja rasanya, tak tau nak siapkan yg mana dulu. Rehat pun tak cukup, dah rasa jadi macam robot bernyawa dan berakal je.
Hummm...namun minggu lepas hari sabtu iaitu 6 Mac 2010 saya dan kawan-kawan sempat gak m'ngikuti program Seminar & Pameran Kaunseling Pelbagai Budaya bertempat di UPM, Serdang. Program ini dianjurkan oleh pelajar Bacelor Pend. B & K UPM dngn kerjasa PERKAMA. Program ini turut disertai oleh beberapa pelajar2 kaunseling universiti lain seperti UUM,UIA,UMUSIM, ITAR dan semestinya UPSI yg diwakili oleh lebih kurang 55 org. Bnyak input yg kami perolehi melalui slot ceramah dan pamerannya.Terdapat 4 slot ceramah iaitu :

- Perkhidmatan Kaunseling di Jabatan PDRM.
- Perkhidmatan Kaunseling di Jabatan Kebajikan Masyarakat (OKU)
- Perkhidmatan Kaunseling di Jabatan Pembangunan Wanita
- Perkhidmatan Kaunseling di Hospital (HKL)

Secara keseluruhannya, program ini sanagt baik utk kami pelajar2 kaunseling meneroka dan mengetahui tugas2 kaunselor di pelbagai latar tempat selain sekolah. Malah, saya sendiri btujuan utk m'nambahkan pengetahun dan dlm masa yg sama utk release tention pd hari hujng minggu ini.

Thursday, February 25, 2010

LIFE CHANGES.....

Life Changes, goes up and down

you never know until it comes around.

We try to smile thru good and bad

depdn on friends to keep away sad.

The journey is long, the road is rough

faith and hope will be enough.

Don't waste a day in anger or regret

keep joy in your heart, your needs will be met.



Monday, February 22, 2010

SEIKHLAS SENYUMAN.....


Salam ikatan mesra....
Selepas lebih kurang bercuti mid sem selama seminggu,cuti yg menyeronokkan bersama keluarga pada kali ini. Namun, dengan hati yg berat t'paksa datang semula ke bumi Tanjong Malim ini utk msuk miggu kuliah ke-8. Bertimbun2 assigment yg kena hantar menanti slps cuti ni. Hummm...namanya pun masih b'status pelajar kan, so mestilah kena beri komitmen utk tunaikan tanggugjawab sebagai pelajar yg masih nlum selesai ini.Masih kuat lagi semangat ini utk teruskan perjuanaganku ini.....


Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...


Friday, February 12, 2010

PELUANG YANG SENTIASA TERBUKA....




“Ketika satu pintu tertutup, pintu lain terbuka. Namun terkadang kita melihat dan menyesali pintu tertutup tersebut terlalu lama sehingga kita tidak melihat pintu lain yang telah terbuka.” – Alexander Graham Bell

Indah sekali susunan maksudnya. Setiap kali anda menghadapi kebuntuan dalam menyelesaikan masalah, sebenarnya anda boleh keluar dari situ. Cuma kadang-kadang kesusahan dan kesukaran menghalang pemikiran anda untuk mencari penyelesaian masalah. Akhirnya anda terperangkap dalam situasi yang semakin kusut dan membuat keputusan hanya berdasarkan apa yang terlintas ketika itu.

Percayalah bahawa peluang menyelesaikannya sentiasa terbuka. Apa yang perlu anda lakukan anda cuma memerlukan sedikit kesabaran untuk berfikir di luar kotak pemikiran agar jalan penyelesaiannya lebih baik dan terbuka. Kelemahan kita, mungkin kita tidak perasan sebenarnya masalah kita sudah mampu diselesaikan dengan mudah. Mungkin kerana pengalaman hidup yang beronak duri menjadikan kehidupan lebih sukar untuk difikirkan bagaimana menyelesaikannya. Apabila setiap hari membuat keputusan dalam acuan yang sama sudah semestinya corak pemikiran dan cara menyelesaikan masalah bukan yang terbaik.

Jangan kalah dalam berfikir. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Peluang kedua pasti akan sentiasa ada jika anda terus memikirkannya dan berdoa kepada Allah agar diberikan peluang tersebut. Jangan fikir putus asa jika anda belum mula berfikir untuk menyelesaikan masalah anda.


Thursday, February 11, 2010













9 Fakta penting dalam mencapai matlamat anda

1. Kuasai masa anda
"Kegagalan merancang adalah Perancangan untuk gagal"

2. Keputusan di tangan anda..Jangan biarkan orang lain menghalang anda.
"Orang lain boleh menghalang anda buat sementara TAPI hanya ada seorang sahaja yang boleh melakukannya untuk selama-lamanya".

3. Hapuskan ketakutan.
"Jika anda takut mencuba, anda tidak akan pernah gagal. Tetapi takut untuk mencuba membuat anda tidak akan berjaya".

4. Praktikan sikap positif

5. Gambaran minda
"Kejayaan bukan destinasi, ianya adalah perjalanan, anda perlu gambarkan arah kemana tujuan perjalanan tersebut".

6. Bina imej diri positif

7. Capai sebarang peluang yang mendatang
"Peluang hanya datang sekali"

8. Tuliskan matlamat anda dan semaklah ia selalu

9. Ambil tindakan sekarang – Jangan cakap-cakap kosong sahaja.
"Action speak louder than words"
"1 % dari kejayaan adalah kerana bernasib baik. 99% lain adalah hasil usaha"



Friday, February 5, 2010

MEMBUAT SUATU KEPUTUSAN.....

Membuat keputusan merupakan satu cabaran kerana ia mungkin akan menimbulkan kesan yang baik atau buruk, malah mungkin menimbulkan perkara yang tidak terlintas langsung di fikiran. Kematangan dan kebijaksanaan seseorang boleh dilihat daripada cara dia membuat keputusan. Terdapat keputusan yang boleh dibuat dengan serta-merta dan ada pula yang mengambil masa untuk difikirkan terlebih dahulu. Keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa adakalanya tidak membawa faedah, malah lebih teruk jika menimbulkan pelbagai perkara buruk. Maka, kita haruslah memahirkan diri terlebih dahulu dengan cara-cara membuat keputusan yang betul.

1. Tenangkan fikiran
Apabila di dalam kebuntuan untuk membuat keputusan, elakkan rasa tertekan dan yakinkan diri anda bahawa anda dapat membuat keputusan yang terbaik. Tenangkan fikiran dan jangan bertindak di luar kawalan seperti menjerit, menumbuk dinding, minum arak, memandu kenderaan dengan laju dan sebagainya. Sebaliknya, cuba duduk, tarik nafas panjang ataupun ambil wuduk dan menunaikan solat sunat. Fikiran yang tenang penting agar kita dapat berfikir dengan waras tanpa menurut gerak hati yang mungkin akan menambahkan lagi kerumitan.

2. Kenal pasti masalah sebenar
Setelah fikiran tenang, fikirkan semula perkara yang menjadi masalah sebenar. Cuba ingat samada anda pernah menghadapinya ataupun pertama kali. Jika pernah, ingat kembali keputusan yang telah dibuat dan kesan-kesannya. Jika ianya pertama kali, fikirkan perkara itu dengan teliti.

3. Kenal pasti pilihan
Fikirkan semua pilihan-pilihan yang ada. Cuba cari seberapa banyak pilihan yang boleh dibuat. Untuk membuat keputusan yang amat penting dan besar, sebaiknya sediakan kertas untuk mencatat pilihan-pilihan yang ada.

4. Kaji baik buruk pilihan
Setiap pilihan yang ada mempunyai kesan yang baik dan buruk kepada diri sendiri atau orang lain. Oleh itu, setiap pilihan perlu dikaji dengan teliti kesan yang akan timbul. Fikirkan sebanyak mungkin segala kesan baik dan buruk yang mungkin terjadi jika pilihan itu yang diambil.

5. Buat pilihan terbaik
Setelah mengkaji baik buruk setiap tindakan, buatlah pilihan yang terbaik iaitu yang paling banyak positifnya daripada negatif. Pastikan keputusan yang dipilih benar-benar mampu untuk anda laksanakan dan jangan menyesal dengan keputusan anda. Keputusan yang telah diambil hendaklah dilakukan dengan penuh keyakinan. Tabahkan diri dan percaya bahawa keputusan itulah yang terbaik.

6. Tegas dengan keputusan
Yakinlah bahawa keputusan yang dibuat adalah betul. Anda perlu tegas dengan keputusan anda dan jangan ikut kata orang. Jangan mudah berubah, sebaliknya tegaslah dengan keputusan yang anda. Kesabaran amat penting setelah membuat keputusan agar anda tidak akan kecewa, malah lebih yakin dengan diri sendiri.

7. Nilai semula
Apabila anda telah melaksanakan keputusan yang diambil, cuba lihat kembali kesan-kesan yang berlaku. Adakah sama dengan apa yang telah dikaji atau terdapat kesan-kesan lain yang tidak tersenarai? Simpan catatan anda untuk dijadikan rujukan jika anda menghadapi perkara yang serupa pada masa akan datang.

Kehidupan kita tidak pernah lari daripada menghadapi pilihan-pilihan serta masalah yang mana ianya amat penting untuk menjadikan kita lebih matang untuk menghadapi kehidupan mendatang. Membuat keputusan memerlukan ketajaman fikiran dan keyakinan. Pengalaman juga dapat membantu kita membuat keputusan terbaik. Jika ianya amat sukar, dapatkanlah buah fikiran orang lain seperti ibubapa, rakan-rakan, guru, ataupun khidmat kaunseling.


Sunday, January 31, 2010

KEJELASAN DALAM KESAMARAN

Biasanya kita sangat mementingkan penjelasan dalam sesuatu perkara agar berpuas hati dan mendapat kepastian yang sepatutnya. Namun, kadang kala kita berasa bahawa sudah jelas dengan hal tersebut tetapi dalam masa yang sama masih berasa sammar-samar. Sebenarnya, apa yang sedang kita alami ini? Itulah hakikatnya yang kita sendiri sebenarnya tidak memahami diri sendiri. Tetapi kadang kala kita sendiri tidak jujur dengan diri sendiri dengan menyatakan faham dan jelas walaupun sebenarnya kita tidak faham dan masih dalam kesamaran. Mungkin ini juga boleh dikategorikan sebagai 'hipokrit' iaitu sifat kepura-puraan yang akan membawa kesan buruk terhadap diri sendiri. Misalnya akan berlaku salah faham, ketidakpastian dan ketidakpuasan hati.Oleh itu, kita perlukan penjelasan yang tepat dan meyakinkan agar tidak berasa samar-samar dengan sesuatu perkara ingin dan perlu kita tahu.

* Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir - Abdullah Abbas

* Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat.







Monday, January 25, 2010

PENGALAMA N MENGAJAR KITA ERTI KEHIDUPAN...



Setiap detik yang berlalu takkan kembali lagi,
Masa yang tinggal hari ini adalah untuk persediaan masa depan,
Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun,
Waktu Berlalu dan silih berganti tanpa disedari,
Berbagai-bagai peristiwa yang manis dan pahit dilalui,
Adakah ia satu suratan atau kebetulan,
Namun,kita sebagai hamba-NYA tidak boleh cepat mengaku kalah,
Jangan mudah kecewa atau menyesal,
Mungkin ada hikmsh disebalik sesuatu dugaan,


Pengalaman mengajar kita erti kehidupan....
Erti nilai keikhlasan, kejujuran, kepercayaan, kesetiaan....
Dalam sebuah perhubungan silaturrahim yang erat....
Dengan cinta, kasih sayang,kerinduan....
Namun kadang kala apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan....
Apabila berpaling tadah dan tidak lagi saling menghargai....
Maka, jadikan ia sebagai pengalaman untuk melalui masa depan yang lebih bermakna....



Tuesday, January 19, 2010

USAHA & CITA-CITA .....


Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak.

Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati.

Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus.

Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran.

Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan.

Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.

Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.

Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah. -el

Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya.

Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan.

Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket.

Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan - Mahatma Ghandi

Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri.



Friday, January 15, 2010

Assalammualaikum..
Sekarang ni dah mula dah sibuk dengan kuliah n assigment yg sedang diterima sedikit demi sedikit yg lama 2 akan bnyk mcm bukit. Rasanya sem ni lagi m'cabar assigment2 yg perlu dilaksanakan. Walau apa pun, ini merupakan tanggugjawab yg perlu dilaksanakan dngn sebaik mungkin. Hummm...PTPTN pun nampaknya msuk lamabat gak sem ni, jadi terhad sikit lah awal2 ni....Terima kasih bnyk dngan bantuan PAMA saya dapat juga memenuhi keperluan n kehendak yg sepatutnya.huh..huh...
Tapi, sebenarnya agak kecewa gak, sbb bnyk perancangan yg telah d'rancang seblum ni dngn kawan2 telah tergendala sbb gara2 duit belum msuk. Apa pun kami kena sabar je lah n t'paksa tangguhkan dulu niat n rancangan tu. Harap2 dpt juga kami jalankan rancangan2 kami ini.Amin....
Moral of the story : Jangn t'lalu m'harap apa yg d'rancang akan m;jadi kenyataan....



Friday, January 1, 2010

LEMBARAN BARU DI TAHUN BARU ....


Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun....
Terasa begitu cepat masa berlalu sepanjang kehidupan ini...
Pelbagai pengalaman suka duka dilalui dan ditinggalkan sebagai memori hidup...
Walau apa pun yang terjadi hidup ini perlu diteruskan...
Jadikan kejayaan masa lalu sebagai kekuatan dan semangat..
Jadikan kegagalan masa lalu pula sebagai pengajaran dalam m'perbaiki kelemahan...
Bangkitlah dari kekecewaan, kesedihan dan kegagalan ....
Binalah sebuah kejayaan, kebahagiaan dan kegembiraan ...
Kekecewaan tidak selamanya kita rasai...
Namun,ingatlah bahawa kebahagiaan tidak juga selamanya kita miliki....
Berusahalah menjadi insan yang berguna kepada keluarga, agama, bangsa dan negara...
Hijrahlah kita dari sifat yang kurang baik kepada lebih baik....
Perjuanglah apa yang perlu dan sepatutnya kita miliki...