Sunday, January 31, 2010

KEJELASAN DALAM KESAMARAN

Biasanya kita sangat mementingkan penjelasan dalam sesuatu perkara agar berpuas hati dan mendapat kepastian yang sepatutnya. Namun, kadang kala kita berasa bahawa sudah jelas dengan hal tersebut tetapi dalam masa yang sama masih berasa sammar-samar. Sebenarnya, apa yang sedang kita alami ini? Itulah hakikatnya yang kita sendiri sebenarnya tidak memahami diri sendiri. Tetapi kadang kala kita sendiri tidak jujur dengan diri sendiri dengan menyatakan faham dan jelas walaupun sebenarnya kita tidak faham dan masih dalam kesamaran. Mungkin ini juga boleh dikategorikan sebagai 'hipokrit' iaitu sifat kepura-puraan yang akan membawa kesan buruk terhadap diri sendiri. Misalnya akan berlaku salah faham, ketidakpastian dan ketidakpuasan hati.Oleh itu, kita perlukan penjelasan yang tepat dan meyakinkan agar tidak berasa samar-samar dengan sesuatu perkara ingin dan perlu kita tahu.

* Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir - Abdullah Abbas

* Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat.







No comments:

Post a Comment