Thursday, October 29, 2009

MENITI SEBUAH PERJUANGAN....



Assalammualaikum...dan salam aspirasI...
Dah lama sya tak menulis apa2 dlm blog ni. Entah lah, slps b'tungkus lumus mnyiapkan semua assigment minggu lepas dah malas nak mngadap skrin laptop ni lgi. Sekarang, tibalah masanya utk fokos dalam minggu study week ni.hummm..fokus ke? huh..huh..huh..Time ni lah p'juangan terakhir utk sem 5 ni, tak sabar2 rasanya nak masuk sem 6 pulak, walaupun hakikatnya dah tahu akan tempuhi tekanan yg dasyat apabila dah mula terima n kena hantar assigment.
Walau mcm nana pun, perjuangan mesti diteruskan demi mencapai sebuah cita-cita dan harapan. Saya doakan kita semua akan berjaya dlm hidup ini seperti mana yg kita impikan. Berusahalah b'sungguh2 dengan niat yg tulus. Seanadainya, terjadi sesuatu yg diluar jangkaan kita redha dan pasrah lah dengan ketentuan-NYA. Anggaplah ia sbg suatu ujian utk kita sbg hambanya, mugkin ada hikmah disebaliknya...Kepada semua teman2 seperjuangan, selamat menempuhi final exam sem ni, semoga kita dapat menghadapinya dengn ketenangan dan keyakinan utk mencapai keputusan yg cemerlang...


Dalam keadaan apa pun."SENANGKANLAH HATIMU!!!" Janganlah bersedih. "Kalau engkau kaya. senangkanlah hatimu! Kerana di hadapanmu terbentang kesempatan untuk mengerjakan perkara yang sulit melalui hartamu. "Dan jika engkau fakir miskin, senangkan pulalah hatimu! Kerana engkau telah terlepas dari suatu penyakit jiwa, penyakit kesombongan yang sering menimpa orang-orang kaya. Senangkanlah hatimu kerana tak ada orang yang akan hasad dan dengki kepadamu lagi, lantaran kemiskinanmu..." "Kalau engkau dilupakan orang, kurang masyhur, senangkan pulalah hatimu! Kerana lidah tidak banyak yang mencelamu, mulut tak banyak mencacimu..." Mudah-mudahan. Allah mengurniai kita ilmu yang mengantarkan kita pada sebuah keyakinan dan kebahagiaan abadi, dunia dan akhirat. Amin...yarabbilalamin...



No comments:

Post a Comment